Ketua Setiausaha Majlis Hukama’ Muslim (MHM), TYT Mohamed Abdel Salam, diiringi oleh TYT Mustafa Niass, Yang Dipertua Parlimen Senegal, melawat Keuskupan Dakar di ibu negara Senegal untuk bertemu Monsignor Benjamin Ndiaye, Uskup Agung Senegal, dalam usaha mengukuhkan pelaksanaan Dokumen Persaudaraan Insani di Senegal.
Ketua Setiausaha MHM menegaskan bahawa Senegal selaku negara yang menjadi contoh dalam faham kebebasan dan kewujudan bersama di Afrika, menunjukkan perpaduan umat Islam dan Kristian yang mencerminkan komitmen rakyat Senegal terhadap prinsip-prinsip agama yang betul dan nilai-nilai kesederhanaan serta penolakan semua bentuk keganasan.
Dokumen Persaudaraan Insani 2019 yang ditandatangani oleh Syeikh Al-Azhar dan Paus Francis ini telah melangkaui hubungan biasa semata-mata antara Muslim dan Kristian kepada sebuah kerjasama yang lebih serius untuk maslahah ummah. MHM telah menyatakan komitmen yang serius untuk menerapkannya dalam silibus di semua peringkat institusi pendidikan.
Uskup Agung Senegal menzahirkan penghargaannya atas usaha MHM, yang dipengerusikan oleh Syeikh Al-Azhar, dalam menyebarkan nilai-nilai kewujudan bersama, toleransi dan keamanan. Beliau telah banyak membaca tentang Dokumen Persaudaraan Insani, dan memuji usaha yang dilakukan oleh Mohamed Abdulsalam bagi merealisasikannya.