Majlis Hukama Muslimin, dipengerusikan oleh Fadhilatul Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb selaku Syeikhul Azhar Al-Sharif, mengutuk dua tindaksn pengeboman oleh pengganas yang berlaku di ibu negara Somalia, Mogadishu, yang mengakibatkan kematian dan kecederaan.
MHM menegaskan penolakannya secara mutlak terhadap tindakan pengganas yang bercanggah dengan ajaran Islam, perundangan agama-agama, serta undang-undang dan norma antarabangsa disamping menyeru keperluan untuk menyelaraskan usaha bagi menghapuskan keganasan seumpama ini.
MHM merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Somalia, dan kepada keluarga mangsa. Semoga Allah SWT melimpahkan belas kasihan-Nya kepada mangsa dan memberi mereka yang cedera kesembuhan yang segera.