Jawatankuasa Penganjur Anugerah Zayed Bagi Persaudaraan Insani hari ini mengumumkan pembukaan pencalonan untuk siri keempat anugerah itu, yang akan ditutup pada 31 Oktober 2022.
Anugerah Zayed Bagi Persaudaraan Insani ialah anugerah global bebas yang memberi penghormatan kepada individu dan entiti yang memberikan sumbangan cemerlang ke arah kemajuan manusia dan kewujudan bersama secara aman (peaceful coexistence). Anugerah itu dilancarkan pada 2019 selepas Paus Francis, ketua Gereja Katolik dan Al-Imam Al-Akbar Profesor Dr. Ahmed Al-Tayeb, Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif menandatangani bersama Dokumen bersejarah Persaudaraan Insani di Abu Dhabi.
Tuan Yang Terutama Mohamed Abdelsalam selaku Ketua Setiausaha Majlis Hukama’ Muslimin dan Juri Penghakiman bagi anugerah 2023, berkata, “Jawatankuasa ini berharap untuk mengenal pasti personaliti dan entiti yang telah menyumbang secara berkesan dalam mencari penyelesaian perintis kepada cabaran kontemporari dalam bidang persaudaraan insani.”
Selain beliau, Juri Penghakiman bebas bagi sesi 2023 adalah TYT Miguel Ángel Moratinos, United Nations Under-Secretary-General dan High Representative for the United Nations Alliance of Civilizations; TYT Dr Epsy Campbell Barr, bekas Naib Presiden Costa Rica; Kardinal Louis Antonio Gokim Tagle; dan Dr. Ouided Bouchamaoui, Pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2015. Penama yang layak boleh mengemukakan pencalonan dalam kategori berikut: ahli kabinet kerajaan; ketua negara semasa dan bekas; ahli parlimen; ketua mahkamah agung; eksekutif kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; ketua NGO antarabangsa; presiden universiti; pempengaruh, pemimpin, dan pemikir; dan penerima anugerah Anugerah Zayed Bagi Persaudaraan Insani sebelum ini.
Calon boleh menghantar pencalonan mereka melalui laman web rasmi Anugerah Zayed Bagi Persaudaraan Insani di https://zayedaward.org/. Anugerah itu akan memberi penghormatan kepada para pemenang semasa majlis tahunan yang akan diadakan pada 4 Februari 2023, bertepatan dengan Hari Persaudaraan Insani Antarabangsa yang diiktiraf PBB dan ulang tahun pemeteraian Dokumen Persaudaraan Insani oleh Paus Francis dan Al-Imam Al-Akbar Syeikh Al-Azhar.
Penerima penghormatan sebelum ini ialah Pope Francis (penerima kehormat), Al-Imam Al-Akbar Syeikh Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb (penerima kehormat), Setiausaha Agung PBB António Guterres, aktivis anti-ekstremisme Latifa Ibn Ziaten; Yang Mulia Raja Abdullah II bin Al Hussein, Raja Kerajaan Hashemite Jordan dan isteri baginda, Permaisuri Rania Al Abdullah; dan organisasi kemanusiaan Haiti Yayasan Pengetahuan dan Kebebasan (FOKAL).