Atas jemputan Raja Bahrain, Syeikhul Azhar yang juga Pengerusi Majlis Hukama Muslim (MHM), Fadhilatul Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb akan mengadakan kunjungan rasmi ke Bahrain pada awal November 2022. Lawatan ini adalah bagi menghadiri Forum Dialog Bahrain yang bertemakan “Dialog Timur dan Barat untuk Manusia Hidup Bersama”.
Turut dijangka hadir dan mengambil bahagian dalam dialog berkenaaan, Pemimpin Gereja Katolik Pope Francis dan lebih 200 ketua agama di seluruh dunia mewakili semua agama dan mazhab.
Imam Akbar Ahmed Al-Tayeb, Sheikh Al-Azhar Al-Sharif dan Pengerusi MHM, dijadualkan berlepas pada 3 November 2022, atas jemputan rasmi Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al Khalifa, Raja Bahrain. Syeikhul Azhar akan berada di sana selama beberapa hari.
Forum Dialog Bahrain dengan tema “Dialog Timur dan Barat untuk Kewujudan Bersama Manusia” disokong sepenuhnya oleh Raja Bahrain. Baginda juga menzahirkan hasrat untuk menghadiri forum tersebut.