Setiausaha Agung MHM Memuji Usaha Timor Leste Mengangkat Dokumen Persaudaraan Insani Sebagai Dokumen Negara

Setiausaha Agung Majlis Hukama Muslim (MHM), Tuan Yang Terutama Mohamed Abdelsalam telah mengadakan pertemuan Presiden Timor Leste José Manuel Ramos-Horta di New York. Pertemuan itu berlangsung di semasa  Perhimpunan Agung PBB (PBB) pada hari Isnin, 26 September 2022.
TYT Mohamed Abdelsalam menghargai inisiatif Timor Leste untuk menerima pakai Dokumen Persaudaraan Insani sebagai dokumen negara pada Mei 2022. Timor Leste juga telah menerapkan mesej dokumen tersebut dalam kurikulum pendidikan sekolah di negaranya.
“Ini telah memberi inspirasi kepada banyak pihak yang cintakan keamanan dan hidup bersama dengan harmoni,” kata TYT Abdelsalam.
Tambah Abdel Salam, MHM juga menghargai langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Timor Leste yang terus menggalakkan budaya dialog dan persefahaman antara sesama masyarakat dengan latar belakang yang  pelbagai.
“Majlis Hukama Muslimin akan meneruskan kerjasama yang telah dibangunkan dengan Timor Leste dalam mempromosikan prinsip dan nilai asas yang terkandung dalam Dokumen Persaudaraan Insani,” tegasnya.
Presiden Timor Leste, Ramos Horta, turut merakamkan penghargaan yang sama. Beliau melihat Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah melakukan pelbagai usaha untuk menggalakkan keamanan dan toleransi serta menyebarkan faham kewujudan bersama (coexistence) sesama manusia. Ramos Horta menegaskan bahawa Timor Leste juga sentiasa mengambil langkah untuk mewujudkan persaudaraan sesama manusia.
“Timor Leste dengan semua institusinya percaya nilai persaudaraan sesama manusialah yang mampu membina masyarakat dan memajukan negara,” katanya.
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram