Syeikh Al-Azhar Seru Pemimpin Pelbagai Agama Cakna Krisis Perubahan Iklim

Fadhilat Al-Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb berkata bahawa Islam menyuruh memelihara alam sekitar, memulihara kelestarian flora dan fauna, serta memberi amaran akan kerosakan yang sedang berlaku di bumi. Sikap manusia yang mengkhianati amanah untuk memelihara alam sekitar adalah bertentangan dengan kehendak dan suruhan Allah SWT.
Al-Imam Al-Akbar menjelaskan bahawa sejumlah besar dana wajar diperuntukkan bagi usaha memelihara dan memulihara alam sekitar dalam menangani perubahan iklim yang sedang melanda dunia. Di sinilah peranan para pemimpin agama-agama untuk menyedarkan masyarakat, disamping menyatakan dengan tegas kepada kerajaan dan pemimpin agama tentang betapa seriusnya isu perubahan iklim pada hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan semasa Mesyuarat Tetap ke-16 Majlis Hukama Muslimin bawah tajuk “Dialog Antara Agama dan Cabaran Abad ke-21” di Masjid Istana Diraja Sakhir, ibu kota Bahrain, Manama yang dipengerusikan oleh IFadhilat Al-Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb, Pengerusi Majlis Hukama Muslimin, dan dihadiri juga oleh Pope Francis, Paus Gereja Katolik dan pemimpin tertinggi Gereja Katolik. Mesyuarat tersebut diadakan sempena Bahrain Dialogue Forum pada 3-4 November yang dihadiri oleh lebih 300 delegasi daripada seluruh dunia mewakili pemimpin agama, pemimpin parti politik dan aktivis.
  
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram