Syeikhul Azhar Mengutuk Serangan Yang Mensasarkan Pusat Jagaan Kanak-Kanak di Thailand

Tembakan beramai-ramai berlaku di sebuah pusat jagaan di Uthai Sawan, Wilayah Nong Bua Lam Phu, Thailand, Khamis pada 6 Oktober 2022.
Majlis Hukama Muslim (MHM) dibawah pimpinan Fadhilatul Imam al-Akbar Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb, Syeikhul Azhar mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang mensasarkan taska dan mengakibatkan kematian beberapa orang, termasuk kanak-kanak.
“Tembakan adalah jenayah kejam yang bertentangan dengan ajaran agama, undang-undang dan norma manusia yang menekankan kesucian jiwa manusia dan menyeru keperluan untuk melindungi dan memeliharanya,” kata Imam Akbar Ahmed Al Tayeb dalam kenyataan akhbarna pada Jumaat, 7 Oktober 2022.
MHM berasa amat sedih dan mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Thailand serta keluarga mangsa. “Kami berharap mangsa yang tercedera dapat sembuh dengan segera,” ujarnya.
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram