Abu Dhabi Tuan Rumah Sidang Kemuncak Global Pemimpin Agama Menjelang COP28 Bagi Menangani Perubahan Iklim

Abu Dhabi, 6 September 2023: Sidang kemuncak global untuk pemimpin agama dari seluruh dunia akan berlangsung di Abu Dhabi dari 6 hingga 7 November, yang bakal memfokuskan peranan penting komuniti agama dalam menangani perubahan iklim. Sidang kemuncak itu akan berlangsung menjelang 28th Conference of the Parties of the UNFCCC (COP28), yang akan dihoskan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 30 November hingga 12 Disember 2023.
Pemimpin agama yang mewakili agama-agama utama dunia, ahli akademik dan pakar alam sekitar dijangka menghadiri acara dua hari itu dengan tujuan membincangkan tanggungjawab etika pemimpin agama dalam menangani krisis iklim. Mesyuarat itu juga akan menangani kerjasama antara agama dan sains untuk merapatkan jurang antara keduanya, membincangkan strategi untuk menguatkan suara pemimpin agama bagi meningkatkan keadilan iklim, dan membentangkan cara untuk melibatkan komuniti akar umbi dalam mencapai pembangunan mampan.
Di bawah naungan Yang Amat Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Presiden Emiriah Arab Bersatu, acara itu akan dianjurkan oleh Majlis Hukama Muslimin di bawah Pengerusinya, Fadhilat al-Imam al-Akbar Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb. Sidang kemuncak itu akan dihoskan dengan kerjasama COP28 Presidency, United Nations Environment Programme (UNEP) dan Gereja Katolik.
Setiausaha Agung Majlis Hukama Muslimin, Mohamed Abdelsalam, berkata, “Ketika dunia kita semakin hampir kepada kerosakan iklim yang tidak dapat dipulihkan dan hanya boleh ditangani melalui usaha kolektif, sidang kemuncak awal para pemimpin agama untuk COP28 diadakan untuk meningkatkan kesedaran, tindakan dalam semua sektor masyarakat, dan menghapuskan salahfaham. Majlis Hukama Muslimin menghargai naungan dan sokongan Yang Amat Mulia Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Presiden Emiriah Arab Bersatu, dalam inisiatif ini serta kesungguhan Yang Amat Mulia untuk menyokong peranan agama dalam menangani cabaran global.”
Semasa COP28, Majlis Hukama Muslimin dan United Nations Environment Programme, dengan kerjasama COP28 Presidency, akan menjadi tuan rumah bersama Faith Pavilion di COP28, pavilion pertama seumpamanya pada acara COP.
Duta Besar, merangkap Ketua Pengarah dan Wakil Khas COP28, Majid Al Suwaid, berkata, “Keterbukaan adalah asas COP28 Presidency – komuniti dan organisasi berasaskan agama memainkan peranan penting dalam membantu dunia menangani perubahan iklim. Untuk mengetengahkan perkara ini, COP28 menjadi COP pertama yang menganjurkan pavilion khusus untuk penglibatan komuniti agama.
Matlamat kami adalah untuk menyediakan pentas global untuk memupuk penglibatan agama dan dialog antara agama dengan tujuan memberi inspirasi kepada matlamat tinggi dan tindakan yang komited untuk menangani krisis iklim.”
COP28 UAE akan berlangsung di Expo City Dubai daripad 30 November hingga 12 Disember dan dijangka akan dihadiri lebih 70,000 peserta, termasuk ketua negara, pegawai kerajaan, pemimpin industri antarabangsa, wakil sektor swasta, ahli akademik, pakar, belia dan sebagainya. Seperti yang dimandatkan oleh Paris Climate Agreement, COP28 UAE akan menyampaikan Global Stocktake yang pertama, terkait penilaian komprehensif kemajuan terhadap matlamat iklim. UAE akan menerajui proses untuk semua pihak bersetuju dengan peta jalan yang jelas bagi mempercepatkan kemajuan melalui peralihan tenaga global yang pragmatik dan pendekatan bersama untuk tindakan iklim secara inklusif.
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram