Semasa sambutannya di hadapan Setiausaha Agung Majlis Hukama Muslimin, Pengerusi Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Kerajaan Bahrain memuji usaha Majlis Hukama Muslimin dalam sumbangannya terhadap agama Islam.
Sheikh Abdulrahman bin Mohammed Al Khalifa, Pengerusi Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam di Kerajaan Bahrain telah memuji usaha Majlis Hukama Muslimin dalam memberi berkhidmat untuk agama serta memupuk pendekatan sederhana yang tulen, kerjasama bangsa Arab dan kerjasama sesama negara Islam untuk mencapai keselamatan dan kestabilan global.
Dalam masa yang sama, Mohamed Abdelsalam turut memuji usaha Kerajaan Bahrain, yang diketuai oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hamad bin Isa Al Khalifa, dalam mempromosikan dan menyokong dialog antara agama, kewujudan bersama secara aman, dan menyokong usaha memperkasa agama Islam dan umat Islam.
Pertemuan itu menggariskan hubungan kukuh antara Majlis Hukama Muslimin di Abu Dhabi dan Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam di Kerajaan Bahrain dan membincangkan pelbagai perkara kepentingan bersama.
Bagi pihaknya, Mohamed Abdelsalam menyampaikan penghargaan kepada Sheikh Abdulrahman bin Mohammed Al Khalifa dan Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Kerajaan Bahrain, mengakui peranan mereka dalam meningkatkan hubungan dua hala dengan Majlis Hukama Muslimin dan mengiktiraf pentingnya sumbangan Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Kerajaan Bahrain dalam mencapai pemahaman kewujudan bersama.
Sheikh Abdulrahman bin Mohammed Al Khalifa telah menjadi anggota Majlis Hukama Muslimin sejak September 2020. Hubungan rapat antara Majlis Tertinggi bagi Hal Ehwal Islam Kerajaan Bahrain dan Majlis Hukama Muslimin merangkumi usaha bersepadu untuk menyebarkan dan mempromosikan nilai-nilai dialog, toleransi, dan kehidupan bersama.