Majlis Hukama Muslim Mengutuk Pembakaran Al-Quran oleh Pelampau Sweden

Di bawah pimpinan Syeikh Al-Azhar, Fadhilatul Imam Al-Akbar Prof, Dr. Ahmed Al-Tayeb, Majlis Hukama Muslim menyatakan mengutuk keras tindakan pembakaran Al-Quran oleh seorang pelampau di Sweden.
MHM menganggap perbuatan keji yang mencetuskan provokasi ini menganggu sensitiviti hampir 2 bilion umat Islam di seluruh dunia. Sejarah tidak akan melupakan tindakan ekstremisme yang keji dan penuh kebencian ini.
Perbuatan jenayah membakar al-Quran ini bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan merupakan bentuk ideologi perkauman yang paling teruk. Tindakan sedemikian hanya akan memupuk ekstremisme dan keganasan serta menjejaskan usaha untuk menyebarkan keamanan dan faham kehidupan bersama secara aman (peaceful co-existence). MHM juga menyeru agar dihentikan ucapan kebencian (hate speech) dan hasutan  serta menghormati agama dengan tidak merendahkan kesucian agama.
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram