Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia’ Al-Sudani, telah menerima kunjungan delegasi Majlis Hukama Muslimin (MHM) pada Isnin, 16 Januari 2023. Delegasi ini diketuai oleh Setiausaha Agung MHM, Mohamed Abdelsalam.
Dalam pertemuan yang berlangsung di Baghdad, kedua-dua pihak membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani ekstremisme dan menggalakkan keamanan dan hidup bersama.
Perdana Menteri Iraq mengalu-alukan kedatangan delegasi MHM dan menghargai langkah besar yang diambil oleh Pengerusi MHM, Fadhilatul Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmed Al-Tayyib yang juga Syeikh Al-Azhar dalam memerangi ekstremisme dan menyatukan manusia dan negara seluruh dunia.
Al-Sudani mendedahkan bahawa rakyat Iraq, dengan pelbagai kerencaman budaya dan agama, mempunyai komitmen yang teguh terhadap segala bentuk hasutan dan perpecahan. Al-Sudani menegaskan bahawa menolak dan menghapuskan ucapan kebencian (hate speech) dan ekstremisme sudah tentu akan dapat menyumbang kepada penghapusan pengaruh negatif, malah membasmi fahaman keganasan. Menurutnya, rakyat Iraq dengan perpaduan dan kerjasama mereka mampu menghadapi serangan ISIS bersama-sama.
Setiausaha Agung MHM, Mohamed Abdelsalam merakamkan penghargaan daripada MHM yang dipengerusikan oleh Syeikh Al-Azhar Prof. Dr. Ahmad Al-Tayeb terhadap Kerajaan Iraq dan rakyat yang bersatu dalam keseluruhan aspeknya. Beliau percaya dengan perpaduan dan perpaduan rakyat, Iraq akan dapat mengatasi segala isu dan konflik yang mendatang.
Abdelsalam juga menegaskan bahawa pada masa hadapan akan lebih banyak kerjasama antara MHM dan Iraq. Terdapat banyak program yang boleh digandingkan dengan Iraq demi memperkukuh ukhuwah seagama, ukhuwah sesama manusia, dan hidup berdampingan secara harmoni dan aman, baik di peringkat tempatan, serantau mahupun antarabangsa.