Majlis Hukama Muslim (MHM) yang dipengerusikan oleh Syekh Al-Azhar, Fadhilat al-Imam al-Akbar Prof. Dr. Ahmad Al-Tayeb mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pemimpin dan umat Islam di seluruh dunia. MHM memohon kepada Allah SWT semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebaikan, kasih sayang dan keamanan kepada umat Islam dan masyarakat dunia.
MHM juga mengajak umat Islam di seluruh dunia untuk meningkatkan perpaduan, menjauhi perpecahan, dan terus bekerjasama dalam kebaikan. Umat Islam perlu terus mengambil langkah yang jelas untuk memberi kebahagiaan kepada golongan miskin dan terpinggir dengan menghulurkan bantuan dan memenuhi keperluan mereka terutamanya di musim perayaan ini
MHM juga menyatakan harapannya agar dunia Arab, dunia Islam, dan seluruh umat manusia di dunia dipenuhi dengan keamanan, kebaikan dan kasih sayang. Semoga Aidilfitri ini dapat mendorong dunia kita bebas daripada segala bentuk kemelut dan huru-hara yang dialami selama ini dan menjadi dunia yang lebih selamat dan stabil.