The Annual Grand Interfaith Iftar 2024

Majlis Hukama Muslimin cawangan Malaysia telah menganjurkan The Annual Grand Interfaith Iftar 2024 bertempat di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur pada 20 Mac 2024.

Tetamu kehormat yang hadir, YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, anggota Majlis Hukama Muslimin dan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); Uskup Wojciech Zaluski, Duta Vatican ke Malaysia; Uskup Julian Leow Beng Kim, Uskup Kuala Lumpur, serta tokoh-tokoh agama Buddha, Kristian, Hindu, dan Sikh.

Turut hadir, Dr. Omar Obeidat, Pengarah Pejabat-Pejabat Cawangan Luar Negeri, Majlis Hukama Muslimin; dan Saeed Khattab, Penyelaras Pejabat-Pejabat Cawangan Luar Negeri, Majlis Hukama Muslimin.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memetik kata-kata Hans Kung, Edward Said dan beberapa tokoh Muslim tentang kepentingan dialog antara agama dalam mewujudkan keamanan.

Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri pula menegaskan keperluan untuk tokoh-tokoh agama menyeru penganut agama masing-masing untuk terus komited dengan usaha saling mengenali. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat 13.

Uskup Wojciech Zaluski pula menzahirkan penghargaan kepada Majlis Hukama Muslimin atas inisiatif penganjuran iftar yang amat bermakna ini. Ini merupakan pengalaman pertama beliau selaku Duta Vatikan ke Malaysia, menghadiri majlis seumpama ini. Menurutnya, ini secara jelas menggambarkan keharmonian dan perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang agama.

Mewakili agama Sikh, Dr. Charanjit Kaur mengangkat kepentingan untuk para pemimpin agama bertindak pantas menangani isu-isu semasa melibatkan agama yang timbul di media sosial. Apa yang tular, tidak semestinya benar tetapi ia telah mencipta pelbagai perspektif yang tidak sihat dalam kalangan penganut agama.

Penganut agama Buddha di Malaysia sentiasa komited dengan usaha kerjasama dan perpaduan. Demikian menurut Puan Loh Pai Ling, Presiden Buddhist Missionary Society Malaysia. Beliau turut memuji pendekatan Majlis Hukama Muslimin atas penganjuran program berbuka puasa ini sebagai medium untuk para pemimpin agama bertemu dan berbincang secara lebih santai.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram