Majlis Hukama’ Muslimin Mengutuk Serangan Pengganas di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan

Majlis Hukama’ Muslimin di bawah pimpinan Fadhilatul Imam Al-Akbar Dr. Ahmed Al-Tayeb, Imam Besar Al-Azhar mengutuk serangan pengganas di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan yang mengakibatkan kematian dan kecederaan berpuluh-puluh orang.

Majlis dengan tegas menolak semua tindakan keganasan dan terorisme dan menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Pakistan.

Majlis mendoakan agar Allah SWT memberikan kesabaran dan ketenangan kepada keluarga dan orang tersayang mangsa serta memberikan kesembuhan yang cepat kepada yang cedera. 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram