Reruai Majlis Hukama Muslimin pada Pesta Buku Antarabangsa Kaherah 2024 mengadakan simposium bertajuk “Tanah Air dalam Sunnah Nabi: Konsep dan Status”. Seminar ini membawakan Prof. Dr. Ahmed Omar Hashem, ahli Majlis Ulama Kanan al-Azhar sebagai panel.
Dr. Ahmed Omar Hashem berkata bahawa iman memerlukan cinta kepada negara. Jihad kerana Allah tidak wajib melainkan mempertahankan akidah dan tanah air. Dr. Ahmed Omar juga membentangkan kehebatan ajaran Islam berkaitan cinta tanah air dengan menjelaskan cinta Nabi kepada tanah airnya iaitu Mekah dan Madinah.
Menurut Dr. Ahmed Omar, Piagam Madinah yang menunjukkan perjanjian antara orang Islam dan bukan Islam di Madinah, supaya semua bangsa bersatu tanpa mengira apa pun agama mereka, adalah benih persaudaraan manusia, yang menunjukkan toleransi Islam dan kesejagatan ini.
Majlis Hukama Muslimin menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ke-55, bermula 24 Januari hingga 6 Februari 2024 . Reruai Majlis Hukama Muslimin di Pesta Buku Antarabangsa Kaherah menyediakan koleksi penerbitan yang pelbagai. Reruai ini juga sedang mengadakan beberapa siri seminar, aktiviti dan acara yang tertumpu kepada peningkatan nilai-nilai keamanan dan kewujudan bersama dalam kalangan semua manusia.
Reruai Majlis Hukama Muslimin terletak bersebelahan dengan reruai Al-Azhar di Dewan 4 di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Mesir di Tajammu’ Khamis, Kaherah.