Selamat datang saya ucapkan kepada Syeikh Dr. Ahmed Mohammed Shebl, Syeikh Ahmed Elmashad, Syeikh Saber Hosny dan Syeikh Musa Kasozi; barisan para pembaca al-Qur’an dan imam yang dihantar daripada al-Azhar al-Sharif ke Malaysia oleh Fadhilatul Imam al-Akbar Dr. Ahmed al-Tayeb. Al-Azhar al-Sharif sentiasa berada pada tempat yang istimewa di hati saya.
Semasa bersekolah peringkat menengah di Terengganu, guru-guru saya sebahagiannya dihantar daripada al-Azhar. Lebih istimewa, Syeikhul Azhar pada ketika itu iaitu Syeikh Jad al-Haq Ali Jad al-Haq turut hadir ke sekolah saya. Bahkan sehingga hari ini, saya masih mengikuti ceramah seorang ulama al-Azhar yang disegan iaitu almarhum Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi di Youtube.
Saya amat hargai kepercayaan yang diberikan oleh al-Imam al-Akbar kepada Muslim Elders Malaysia dan umumnya kepada Malaysia untuk menerima hadiah Ramadhan daripada beliau ini. Kedatangan mereka ke Malaysia telah ditaja sepenuhnya oleh Majlis Hukama Muslimin. Para imam ini dijadualkan untuk memimpin solat sunat Tarawih di masjid-masjid terpilih di seluruh negara.