DIALOG TIMUR DAN BARAT

Dialog Timur dan Barat bertujuan mengukuhkan kerjasama antara semua manusia tanpa mengira bangsa atau kepercayaan mereka, dalam usaha untuk mencari penyelesaian berkenaan ekstremisme, keganasan, dan membantu satu sama lain dalam kebenaran, ketakwaan, dan kewujudan bersama secara aman (peaceful coexistence) serta mempromosikan budaya keamanan di seluruh dunia.

Inisiatif ini juga bertujuan untuk menghentikan pencabulan jiwa, kehormatan, dan wang selain mengutamakan kepentingan manusia dan negara berbanding kepentingan peribadi. “Dialog antara Timur dan Barat” datang dalam rangka usaha yang bertujuan untuk mencapai matlamat tersebut melalui beberapa pertemuan berkala dengan institusi agama utama dunia membincangkan 4 perkara perbincangan utama:

  • Kepelbagaian agama dan kepercayaan.
  • Inisiatif dan pengalaman dalam kewujudan bersama secara aman dan toleransi.
  • Peranan agama dalam menyokong kewarganegaraan dan menyatukan prinsip manusia.
  • Halangan kepada dialog dan kewujudan bersama, dan kemungkinan penyelesaian.

KONVOI KEAMANAN

Projek utama Majlis Hukama’ Muslimin adalah usaha Islamik berskala mega dan berpengaruh dalam menyelaras komunikasi antara anak muda Muslim, begitu juga pelbagai organisasi Muslim dan bukan Muslim, serta universiti serata dunia.

BURMA

Majlis Hukama’ Muslimin, yang dipengerusikan oleh Syeikhul Azhar Profesor Dr. Ahmed Al-Tayyib telah mengadakan seminar di Kaherah bertajuk Menuju Dialog Peradaban Kemanusiaan untuk Myanmar (Burma) pada 1 dan 6 Januari 2017. Seminar tersebut telah dihadiri oleh 27 peserta yang mewakili agama Buddha, Islam, Kristian dan Hindu, termasuk pihak Kerajaan Myanmar. Simposium tersebut diadakan di Kaherah selama enam hari; aktiviti simposium berlangsung selama tiga hari diikuti dengan lawatan dua hari di Kaherah untuk melihat kepelbagaian budaya dan agama. Syeikhul Azhar juga mengadakan sesi tertutup dengan ahli Majlis Hukama’ Muslimin dan delegasi Kerajaan Myanmar bagi membincangkan status umat Islam di wilayah Rakhine.

Antara usaha lain yang dijalankan adalah:

  • Menyediakan biasiswa kepada Muslim Rohingya untuk belajar di Universiti Al-Azhar.
  • Membuka saluran komunikasi dengan jawatankuasa dialog agama di Myanmar, untuk melatih ulama tentang konsep agama dan kesederhanaan, meninggalkan keganasan dan mempromosikan budaya dan kesedaran masyarakat.
  • Menyediakan kursus kebudayaan kepada masyarakat bukan Islam untuk mempelajari bahasa Arab dan meningkatkan pengetahuan budaya dan ilmu di wilayah Rakhine yang akan menyumbang kepada usaha mencapai semangat kewujudan bersama antara agama.
  • Siri lawatan Majlis Hukama’ Muslimin ke Myanmar