Kerjasama Majlis Hukama Muslimin dan Universiti Georgetown Galak Perpaduan Rentas Agama Antara Belia

Setiausaha Agung Majlis Hukama Muslim, Tuan Yang Terutama Mohamed Abdulsalam, Tuan Yang Terutama Shamma Al Mazrouei, Menteri Belia Emiriah Arab Bersatu, Al-Azhar Al-Sharif dan Vatican telah  mengambil bahagian dalam Forum Mempromosikan Perpaduan Antara Agama di Universiti Georgetown, dengan penyertaan 75 orang peserta dalam kalangan belia pelabgaia agama dari Timur dan Barat.

Forum yang diadakan itu bertujuan untuk menggalakkan golongan muda mempromosikan nilai-nilai kewujudan bersama dan persaudaraan sesama manusia sebagaimana yang termaktub dalam Dokumen Persaudaraan Insani yang ditandatangani oleh Fadhilatul Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb selaku Syeikh Al-Azhar dan Pengerusi Majlis Hukama Muslimin, dan Pope Francis, Paus Gereja Katolik, di bawah naungan Yang Amat Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Presiden Emiriah Arab Bersatu.

Persidangan yang ditaja bersama oleh Majlis Hukama Muslimin, Higher Committee of Human Fraternity dan Universiti Georgetown itu turut  mengetengahkan slot khas bersama pemimpin agama terkemuka dan pemimpin negara, disamping pembentangan oleh belia yang mengambil bahagian untuk membangunkan cadangan dalam menyebarkan nilai-nilai persaudaraan manusia dan menggalakkan keamanan serta kewujudan bersama yang boleh dilaksanakan dalam komuniti mereka.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram