Kunjungan Pengarah MHM Cawangan Malaysia ke Friends Meeting of Washington

Pengarah Majlis Hukama’ Muslimin cawangan Malaysia, Mohamad Razif bin Mohamad Fuad telah melakukan kunjungan hormat ke rumah ibadah Kristian aliran Quaker di Washington DC, Amerika Syarikat dalam rangka memperkenalkan peranan MHM di Amerika Syarikat
Quakers atau Religious Society of Friends adalah kelompok Kristian Protestan yang muncul pada abad ke-17 dan terus wujud sehingga ke hari ini walaupun bilangannya tidak sebanyak aliran lain dalam Kristian.
Dalam pertemuan tersebut, berbincang dengan pemimpin Quakers, Hayden M. Wetzel tentang fungsi MHM dan pendekatan Syeikh Al-Azhar dalam mempromosikan keamanan dan toleransi antara agama. Beliau turut berkongsi tentang Dokumen Persaudaraan Insani 2019 yang telah diusahakan oleh Ketua Setiausaha MHM, TYT Mohamed Abdulsalam. Wetzel memuji usaha proaktif MHM dan cawangann MHM di Malaysia dalam memupuk persefahaman dan toleransi antara agama. Beliau menzahirkan minat yang mendalam untuk bersama-sama merealisasikan kandungan Dokumen Persaudaraan Insani yang ditandatangani oleh Syeikh Al-Azhar dan Paus Francis.
Mohamad Razif berada di Amerika Syarikat selama lebih 3 minggu untuk mewakili Malaysia bagi mengikuti International Visitor Leadership Program (IVLP) dengan tajaan penuh U.S. Department of State.
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram