Majlis Hukama Muslimin dan Arab Saudi Senada Promosi Keamanan

Setiausaha Agung Majlis Hukama Muslim (MHM), Tuan Yang Terutama Mohamed Abdelsalam telah berhubung dengan Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Panduan Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dr. Abdellatif bin Abdelaziz Al-Shaikh semasa kedua-duanya berada di Kazakhstan. Pertemuan itu berlangsung semasa Kongres Ke-7 Pemimpin Agama Samawi dan Budaya di Nursultan, yang berlangsung selama dua hari, 14-15 September 2022.

Setiausaha Agung MHM menzahirkan penghargaan terhadap usaha Kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah, dan Panduan dalam menyokong penyelesaian pelbagai masalah yang dihadapi umat Islam dan negara Arab. Beliau turut menghargai peranan penting yang dimainkan oleh KKementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah, dan Panduan Arab Saudi dalam menyebarkan keamanan dan toleransi, termasuk dalam isu kemanusiaan.

“Penyertaan Menteri Hal Ehwal Islam Arab Saudi pada Kongres ke-7 Pemimpin Agama Samawi dan Budaya di Nursultan, Kazakhstan, dan ucapan yang disampaikan oleh Menteri, adalah bukti bahawa kami berkongsi pandangan yang sama tentang keperluan untuk terus mempromosikan keharmonian dan hidup bersama secara damai antara penganut agama, etnik dan bangsa yang berbeza,” kata TYT Mohamed Abdelsalam di Nursultan, Khamis lalu.

Sementara itu, Tuan Yang Terutama Dr. Abdel Latif mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Agung MHM yang baharu menerima Anugerah Astana. Anugerah ini disampaikan oleh Presiden Kazakhstan sebagai menghargai peranan Tuan Yang Terutama Mohamed Abdel Salam dalam mempromosikan nilai-nilai persaudaraan manusia.

Tuan Yang Terutama Dr. Abdel Latif juga menyanjungi inisiatif MHM yang dipengerusikan oleh Fadhilatul Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmad Al-Tayeb dalam mempromosikan kehidupan yang aman, menyemai nilai toleransi dan dialog, serta dalam memerangi ekstremisme.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram