Setiausaha Agung Majlis Hukama Muslim (MHM) Tuan Yang Terutama Mohamed Abdelsalam bertemu Pengarah Eksekutif United Nations Fund for Population Activities (UNFPA) Natalia Kanem di Amerika Syarikat, Sabtu lalu. Mesyuarat tersebut membincangkan usaha memerangi keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.
Natalia Kanem menghargai usaha MHM yang diketuai oleh Fadhilatul Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb, Syeikh Al-Azhar Al-Sharif, dalam menyokong hak wanita, menangani keganasan seksual terhadap wanita, dan melindungi hak kanak-kanak perempuan terkait pendidikan dan maruah.
Natalia Kanem menyatakan kepentingan Piagam Persaudaraan Insani yang ditandatangani oleh Fadhilatul Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb dengan Ketua Gereja Katolik, Pope Francis di Abu Dhabi pada 2019. “Saya menghargai kerjasama kekal antara Al-Azhar dan UNPF PBB dalam menyokong hak wanit dan kanak-kanak.” katanya.

Setiausaha Agung MHM, TTYT Mohamed Abdelsalam, menegaskan MHM amat prihatin terhadap isu dan usaha memerangi segala bentuk diskriminasi dan keganasan terhadap wanita, berlandaskan ajaran Islam dan pendekatan Al-Azhar Al-Sharif. Menurutnya, Piagam Persaudaraan Insani yang ditandatangani oleh Fadhilatul Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmed al-Tayeb dan Pope Francis di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu pada 2019 menyatakan dengan jelas keperluan untuk menghentikan semua tindakan tidak berperikemanusiaan yang dikenakan kepada wanita.
“Piagam itu juga menekankan keperluan untuk berusaha untuk meminda undang-undang yang menghalang wanita daripada mendapat hak penuh mereka,” jelasnya.
Pertemuan kedua-dua tokoh ini berlangsung semasa lawatan Setiausaha Agung MHM, yang juga ahli Higher Comittee of Human Fraternity ke Amerika Syarikat. Semasa di Amerika Syarikat, Abdelsalam menyertai Forum Solidariti Perpaduan Antara Agama anjuran MHM dengan kerjasama Universiti Georgetown. Forum ini telah dihadiri oleh 100 belia dari pelbagai agama dan negara, Timur dan Barat.
Setiausaha Agung MHM semasa berada di Amerika turut bertemu dengan beberapa pegawai tinggi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam lapangan toleransi agama.