Pesiden Himpunan Kebangsaan Senegal Menyambut Kunjungan Mohamed Abdulsalam

Presiden Himpunan Kebangsaan Senegal Tuan Yang Terutama Moustapha Niasse mengalu-alukan Ketua Setiausaha Majlis Hukama’ Muslimin (MHM), Tuan Yang Terutama Mohamed Abdelsalam di ibu negara Dakar. Lawatan Mohamed Abdelsalam bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara MHM dan pemimpin agama serta masyarakat di Senegal.

Niasse merakamkan penghargaan kepada MHM dan Pengerusi MHM, Al-Imam Al-Akbar Syeikh Al-Azhar Dr. Ahmed Al-Tayeb. Beliau juga menzahirkan minat yang mendalam untuk bekerjasama dengan MHM bagi mempromosikan mesej sebenar Islam tentang keamanan dan kewujudan bersama di Afrika dan di seluruh dunia.

Bagi pihak MHM, Mohamed Abdelsalam memuji usaha Senegal dalam mempromosikan kewujudan bersama di Benua Afrika. Beliau juga berterima kasih kepada Senegal atas sambutan yang baik dan berharap untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa di Senegal untuk menggalakkan kefahaman kewujudan bersama dan memerangi ekstremisme.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram