Majlis Hukama’ Muslimin (MHM) cawangan Malaysia dan Indonesia senada dalam usaha memperkukuh kerjasama antara dua buah negara bagi menyahut saranan Syeikhul Azhar merangkap Pengerusi MHM, Al-Imam Al-Akbar Dr. Ahmed Al-Tayeb; Ketua Setiausaha MHM, TYT Mohamed Abdesalam; KH Prof. Dr. Muhammad Quraish Shihab dan Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri selaku anggota MHM yang menginginkan hubungan yang lebih erat antara dua buah negara serumpun ini.
Mesyuarat pertama antara Pengarah MHM Malaysia, Ustaz Mohamad Razif bin Mohamad Fuad dan Direktur MHM Indonesia, KH Dr. Muchlis Hanafi, MA telah diadakan di Jakarta sempena Pesta Buku Islam yang diadakan di Jakarta Convention Center bermula 3-7 Ogos 2022.
Beberapa siri kerjasama sedang dirangka bagi menyebarkan kefahaman Islam yang sahih, serta membentuk budaya toleransi dan memerangi terorisme.