Pengarah Majlis Hukama’ Muslimin cawangan Malaysia, Mohamad Razif bin Mohamad Fuad telah menyerahkan sesalinan Dokumen Persaudaraan Insani 2019 yang ditandatangani oleh Syeikh Al-Azhar dan Paus Francis kepada Presiden San Diego Regional Interfaith Collaborative (SDRIC), Daniel Orth. Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah SDRIC, Imam Yusef Miller.
Mereka telah berbincang tentang usaha SDRIC dalam memupuk toleransi antara agama di Florida, khususnya San Diego. Mohamad Razif menzahirkan penghargaan atas sambutan yang diberikan dan turut berkongsi tentang peranan MHM bagi mempromosikan keamanan serta semangat kewujudan bersama di peringkat global termasuk Malaysia. Beliau turut menyatakan minat untuk Majlis Hukama’ Muslimin cawangan Malaysia turut serta dalam Interfaith Week anjuran SDRIC yang disambut secara tahunan di peringkat global.
Mohamad Razif berada di Amerika Syarikat selama lebih 3 minggu untuk mewakili Malaysia bagi mengikuti International Visitor Leadership Program (IVLP) dengan tajaan penuh U.S. Department of State.