Mufti Besar Kazakhstan, Sahib al-Samahah Syeikh Nauryzbay Kazhy Taganuly telah menghadiahkan Fadhilatul Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb, Syeikhul Azhar dan Pengerusi Majlis Hukama Muslim dengan pakaian tradisional “Shapan” di Masjid Hazrat-Sultan di ibu kota Nur-Sultan, Kazakhstan. Dengan kehadiran lebih 30 ribu jemaah, pakaian itu disampaikan sebagai menghargai lawatan Al-Imam Al-Akbar ke negara Asia Tengah itu untuk menghadiri Kongres Pemimpin Agama Samawi dan Budaya ke-7.
Syeikh Taganuly menyatakan penghargaan yang tertinggi daripada negaranya terhadap lawatan Al-Imam Al-Akbar dan hasrat umat Islam di Kazakhstan yang ingin mendengar ucapan Syeikhul Azhar di masjid terbesar di Asia Tengah itu.
Pakaian tradisional “Shapan” adalah pakaian tradisi penduduk Kazakhstan dan menjadi budaya di Kazakhstan untuk pakaian itu dihadiahkan kepada orang yang berpengaruh dan dianggap sebagai tanda penghormatan dan penghargaan.