Majlis Hukama Muslimin Mengecam Serangan Atas Beberapa Gereja di Pakistan

Majlis Hukama Muslimin, yang diketuai oleh Fadhilatul Imam al-Akbar Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb, Syeikh Al-Azhar dan Pengerusi Majlis Hukama Muslimin mengutuk tindakan penghinaan terhadap Al-Quran oleh beberapa pelampau, dan diikuti dengan serangan balas oleh pelampau terhadap beberapa buah gereja di Pakistan.
Setiausaha Agung Majlis Hukama Muslimin, Mohamed Abdelsalam menegaskan bahawa perbuatan jenayah tersebut adalah tidak selaras dengan mana-mana ajaran agama, undang-undang dan norma manusia yang menghormati hak individu lain. Tidak ada agama yang menyuruh penganutnya menyerang rumah-rumah ibadah, bahkan al-Qur’an menyeru ke arah yang sebaliknya.
Majlis Hukama Muslimin mendesak para pemimpin daripada kedua-dua belah pihak untuk mencari titik persefahaman untuk memadamkan perselisihan. Mereka juga diseru untuk menamatkan kebencian ini dengan memperbanyakkan dialog, toleransi,  pemahaman tentang konsep kehidupan bersama dan persaudaraan manusia. Semoga Allah Yang Maha Kuasa melindungi Pakistan dan rakyatnya dari segala kemudaratan.
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram