Majlis Hukama Muslimin mengutuk sekeras-kerasnya

Majlis Hukama Muslimin mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Tentera Israel di Kem Jabalia dan mengulang semula seruan untuk tindakan antarabangsa yang segera bagi gencatan senjata. Keutamaan adalah nyawa orang awam yang tidak berdosa di Semenanjung Gaza.

Majlis Hukama Muslimin di bawah Fadhilatul Imam al-Akbar Syeikh Dr. Ahmad al-Tayib selaku Pengerusi Majlis Hukama Muslim mengutuk pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh pasukan tentera Israel terhadap rakyat Palestin di Kem Pelarian Jabalia, yang mengakibatkan ratusan syahid dan cedera. Majlis memberi amaran bahawa pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza terus menyebabkan malapetaka kemanusiaan bagi orang awam Palestin yang tidak bersalah.

Majlis Hukama Muslimin menegaskan kembali seruannya kepada dunia Arab dan Islam serta masyarakat global, institusi antarabangsa, dan semua masyarakat dunia untuk bertindak segera bagi menghentikan pencerobohan kejam dan berterusan oleh tentera Israel terhadap orang awam yang tidak bersalah di Semenanjung Gaza. Penjarahan perlu dihentikan serta merta selaras dengan resolusi yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 27 Oktober 2023.

Majlis Hukama Muslimin menekankan bahawa jenayah kemanusiaan terhadap rakyat Palestin ini, termasuk pembunuhan beramai-ramai secara berterusan terhadap orang awam yang tidak bersalah, pemergian ribuan syuhada’ di mana kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa dan menggagalkan impian rakyat Palestin yang telah mengimpikan keamanan. Ia juga seolah-olah cubaan memadam perjuangan penubuhan negara merdeka serta mendapatkan hak mereka yang sah selama lebih tujuh puluh tahun.

#Muslim_Council_of_Elders #مجلس_حكماء_المسلمين_ماليزيا #مجلس_حكماء_المسلمين

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram