Pengerusi MHM Terima Darjah Kebesaran Bintang Kazakhstan

Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menganugerahkan Bintang Persahabatan Kelas Pertama kepada Pengerusi Majlis Hukama Muslim (MHM) Fadhilatul Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmad Al-Tayeb. Anugerah itu diberikan sebagai penghargaan atas usaha dan langkah Syeikhul Azhar dalam menyebarkan keamanan dunia.
Bintang Persahabatan telah diserahkan kepada Syeikhul Azhar oleh Pengerusi Senat Kazakhstan Tuan Yang Terutama Maulen Ashimbayev semasa kunjungan hormat di Kaherah, 4 Jun 2023. Maulen berkata, Bintang Persahabatan yang diberikan kepada Syeikhul Azhar adalah bintang kehormat tertinggi di Kazakhstan.
“Penganugerahan bintang kehormat tertinggi ini adalah satu bentuk penghargaan daripada kerajaan dan rakyat Kazakhstan atas peranan global yang dimainkan oleh Sheikh Ahmed Al-Tayeb dalam menyebarkan fahaman agama yang sederhana dan bertolak ansur,” kata Maulen.
Tambahnya, penganugerahan bintang kehormat itu juga mencerminkan rasa cinta rakyat Kazakhstan terhadap Syeikhul Azhar.
Syeikhul Azhar melahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev kerana menganugerahkannya Bintang Persahabatan Kelas Pertama. Menurutnya, penganugerahan bintang kehormat itu sebenarnya bukan untuknya tetapi untuk institusi dan ulama Al-Azhar sepanjang sejarah, begitu juga untuk Majlis Hukama Muslimin bersama para anggotanya.
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram