Pengerusi World Muslim Communities Council Yakin Belia Mampu Cipta Masa Depan Sendiri

Pengerusi World Muslim Communities Council, Ali Rashid Al-Nuaimi menghargai langkah Majlis Hukama Muslimin (MHM) yang diketuai oleh Fadhilatul Imam Al- Akbar Prof. Dr. Ahmed Al Tayeb dalam penganjuran Forum Perintis Belia Pendamai (EPF).
Penghargaan ini disampaikan Ali Rashid Al-Nuaimi ketika menjadi panel pada salah satu sesi diskusi EPF edisi kedua. Menurutnya, apa yang dilakukan MHM adalah sebagai usaha untuk memberi kepercayaan dan peluang kepada golongan muda untuk mencipta masa depan mereka sendiri. Beliau yang juga ahli Majlis Kebangsaan Emiriah Arab Bersatu mengajak golongan belia yang menyertai FPPP untuk terus melengkapkan diri dengan ilmu dan tidak jemu menyebarkan nilai-nilai keamanan, toleransi, hidup bersama, dan menghormati orang lain yang berbeza.
Emiriah Arab Bersatu – kata Al-Nuami – adalah salah satu daripada banyak negara yang boleh dijadikan contoh kehidupan di mana wujudnya kepelbagaian, toleransi, kewujudan bersama, dan penerimaan kelompok lain yang berbeza. Beliau menyebut, terdapat sekurang-kurangnya lebih 200 warganegara yang hidup bersama dalam masyarakat Emiriah Arab Bersatu.
“Bukan sahaja bangsa mereka berbeza, malah agama, budaya, bahasa dan warna kulit juga berbeza-beza. Mereka semua bergabung dalam satu masyarakat,” jelasnya. EPF edisi kedua dihadiri 50 peserta dari 24 negara seluruh dunia. Kepada mereka, Al-Nuami berpesan agar tidak jemu dalam menyebarkan nilai kasih sayang dan kedamaian sesama manusia. “Anda mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk menyebarkan nilai keamanan, kewujudan bersama dan toleransi di mana sahaja anda berada,” katanya.
EPF yang dimulakan oleh Majlis Hukama Muslimin di Geneva, Switzerland, kini merupakan edisi kedua selepas edisi pertama yang sebelum ini berlangsung di London, England. Edisi kedua EPF diadakan dengan kerjasama Rose Castle Foundation dan The World Council of Churches.
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram