Perlu Pendekatan Khusus Di Setiap Peringkat Tangani Ekstremisme – Zulkifli

Pada 10-11 Julai 2023, telah berlangsung Persidangan Alumni Universiti Arab Saudi yang bertempat di Jakarta. Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah dijemput sebagai salah seorang pembicara dalam program berprestij berkenaan.

Kertas kerja yang beliau bentangkan, membincangkan beberapa cadangan dalam usaha dalam memerangi keganasan dan jenayah ekstremisme.

Menurut beliau, “Kita mesti sedar bahawa ancaman terorisme dan ekstremisme adalah cabaran bersifat harian yang mensasarkan kestabilan negara-negara kita dan keselamatan masyarakat kita, begitu juga mengancam sistem politik, ekonomi dan sosial.

Oleh kerana terorisme adalah fenomena yang kompleks dan mempunyai banyak perspektif, setiap perspektif memerlukan metodologi khusus untuk menentangnya. Maka, usaha untuk mencabar ekstremisme dan terorisme selayaknya perlu dirawat pada setiap peringkat.”

Sebanyak 13 negara telah menyertai persidangan tersebut dengan lebih 700 orang peserta daripada  Indonesia, Thailand, Singapura, China, Filipina, Vietnam, Kemboja, Maldives, Malaysia, Australia, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram