Setiausaha Agung Majlis Hukama Muslimin (MHM), Mohamed Abdelsalam memenuhi undangan Setiausaha Agung World Council of Churches (WCC), Pastor Prof. Dr Jerry Pillay, ke Geneva, Switzerland pada hari Selasa, 6 Mei 2023
Pertemuan tersebut membincangkan langkah dan usaha meningkatkan kerjasama dari segi dialog antara agama dan peranan pemimpin agama dalam menghadapi cabaran global. Kedua-dua pihak juga bertukar pandangan mengenai peranan dan tanggungjawab pemimpin agama dalam menangani kesan negatif perubahan iklim.

Kemungkinan keterlibatan pemimpin agama dalam 2023 UN Climate Change Conference yang akan diadakan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, pada penghujung 2023 turut dibincangkan.
Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan usaha menyebar dan mengukuhkan nilai keamanan di benua Afrika dan persiapan terakhir untuk mengadakan Forum Belia Perintis Keamanan yang akan diadakan dengan kerjasama MHM, WCC, Rose Castel Foundation pada Julai 2023. Forum itu akan dihadiri oleh 50 orang belia dari dunia Barat dan Timur. Forum ini bertujuan untuk menyediakan golongan muda yang mampu memberikan sumbangan sebenar dalam merealisasikan keamanan dunia.

