Peserta Forum Perintis Belia Pendamai Lawat PBB

50 peserta Forum Perintis Belia Pendamai (EPF) edisi kedua mempunyai banyak peluang yang menarik. Antaranya, lawatan ke ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland.
Kunjungan ini berlangsung pada hari Isnin, 10 Julai 2023 di sela-sela kegiatan mereka di EPF. Lawatan itu bertujuan untuk mengenali dengan lebih dekat peranan, langkah dan usaha institusi antarabangsa ini dalam memperkukuh keselamatan dan keamanan dunia.
Seramai 50 peserta EPF dari 24 negara di seluruh dunia telah diperkenalkan dengan sejarah PBB dan peranan agensi di bawahnya dalam merealisasikan keamanan dunia. Mereka juga berpeluang mendengar penjelasan mengenai Majlis Hak Asasi Manusia PBB, termasuk peranannya dalam memperkukuh kemajuan dan perlindungan hak asasi manusia di dunia.
Selepas melawat beberapa unit kerja agensi PBB, para peserta merakamkan rasa kagum dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi Majlis Hukama Muslim (MHM) Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb yang telah memberi peluang kepada mereka untuk mengenali pejabat PBB di Geneva secara dekat. Mereka menyatakan harapan mereka agar PBB dan agensinya dapat terus memainkan peranan positif dalam mewujudkan keamanan dunia bersama pencinta keamanan.
Edisi kedua mesyuarat Forum Perintis Belia Pendamai berlangsung di Geneva, Switzerland, 6-14 Julai 2023, atas inisiatif Majlis Hukama Muslimin dengan kerjasama Rose Castle Foundation dan World Council of Churches. Program ini bertujuan untuk melengkapkan dan memperkasakan golongan muda supaya dapat memainkan peranan aktif dalam mewujudkan keamanan dan menyebarkan nilai-nilai keamanan, toleransi dan hidup dalam harmoni dan keamanan dalam kepelbagaian.
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram