Setiausaha Agung Majlis Hukama Muslimin (MHM) Mohamed Abdelsalam telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus, di Geneva, Switzerland pada hari ini. Kedua-duanya membincangkan peluang kerjasama dalam bidang keamanan dan kesihatan, termasuk membela hak golongan miskin dan kesan negatif perubahan iklim terhadap kesihatan.

Mohamed Abdelsalam menghargai langkah dan usaha Ketua Pengarah WHO dalam mewujudkan tonggak keadilan dan sistem kesihatan di dunia, terutamanya semasa pandemik COVID-19. WHO dianggap telah mengambil langkah terbaik dan adil dalam mengagihkan vaksin ke seluruh dunia tanpa mengira latar belakang. “Adalah mustahil untuk mencapai keadaan aman dan damai jika tiada keadilan dalam sektor kesihatan,” kata Abdelsalam.
Penghargaan turut disampaikan oleh Ketua Pengarah WHO atas beberapa langkah MHM yang dipengerusikan oleh Syeikh Al-Azhar, Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb dalam memberikan pendidikan dan kesedaran kepada orang ramai tentang pelbagai cabaran yang dihadapi umat manusia masa kini khususnya cabaran perubahan iklim.
Tedros juga berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan MHM dalam membuka reruai khas dialog antara agama di semasa COP28. Tedros menyedari peranan penting agama dan pemimpin agama dalam meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kesihatan, alam sekitar dan iklim.

Ketua Pengarah WHO turut menghargai kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di bawah pimpinan Presiden Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan. UAE telag memberi perhatian besar kepada gesaan antarabangsa untuk menangani wabak dan penyakit yang berbahaya kepada kehidupan manusia, terutamanya semasa wabak COVID-19.