Zayed Award for Human Fraternity (Anugerah Zayed untuk Persaudaraan Manusia 2023) akan dianugerahkan kepada penerima dalam satu majlis yang berlangsung pada 4 Februari bertepatan dengan Hari Persaudaraan Manusia Antarabangsa.
Komuniti Sant’Egidio dan pendamai Kenya ‘Mama Shamsa’ menyediakan model peranan yang memberi inspirasi dalam mempromosikan persaudaraan manusia dan keamanan dalam kehidupan bersama
Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, 31 Januari 2023: Jawatankuasa penghakiman untuk Zayed Award for Human Fraternity mengumumkan Komuniti Sant’Egidio dan pendamai Kenya, Shamsa Abubakar Fadhil adalah penerima anugerah untuk 2023.
Dalam edisi keempatnya, anugerah Zayed mengiktiraf kedua-dua pemenang atas sumbangan mereka membina dunia yang lebih aman dan belas kasihan melalui promosi nilai-nilai persaudaraan manusia dan memberikan contoh inspirasi dalam mempromosikan kewujudan bersama secara aman.

Komuniti Sant’Egidio ialah persatuan kemanusiaan yang berpusat di Rom, Itali, dan mempunyai pejabat perwakilan di 73 negara di seluruh Eropah, Afrika, Amerika Syarikat dan Asia. Persatuan itu diiktiraf atas kejayaan mereka dalam rundingan damai dan penyelesaian konflik melalui diplomasi agama dan dialog antara budaya – mempromosikan keamanan di seluruh pelusuk dunia, dari Guatemala hingga Mozambique. Mereka juga menyediakan perkhidmatan komuniti di pelbagai bahagian dunia. Selain daripada membantu pelarian dan menyokong penglibatan mereka ke dalam masyarakat di negara penerima melalui inisiatif ‘Koridor Kemanusiaan (Humanitarian Corridor)’, organisasi itu juga memberikan sokongan kepada kumpulan masyarakat termiskin di seluruh dunia.

Aktivis masyarakat dan pendamai di Kenya, Shamsa Abubakar Fadhil – dikenali sebagai ‘Mama Shamsa’ – diiktiraf kerana mendidik golongan muda di Kenya dan menyelamatkan mereka daripada keganasan, jenayah dan ekstremisme, melalui kaunseling, rawatan dan latihan. Beliau mengetuai kempen secara besar-besaran di Kenya dan Afrika untuk meningkatkan kesedaran tentang keganasan terhadap wanita, dan memperkasakan wanita serta belia.
Anugerah tahun ini diputuskan oleh jawatankuasa juri bebas yang terdiri daripada pakar antarabangsa dalam keamanan dan hak asasi manusia, iaitu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Perwakilan Tertinggi The Alliance of Civilizations, Tuan Yang Terutama Miguel Ángel Moratinos; Mantan Naib Presiden Costa Rica, Tuan Yang Terutama Dr. Epsy Campbell Barr; Pro-Prefect of the Dicastery for the Evangelization of the Holy See, Tuan Yang Terutama Kardinal Luis Antonio Tagle; Pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2014 dan aktivis hak kanak-kanak, Kailash Satyarthi; Pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2015 dan usahawan, Dr. Ouided Bouchamaoui; dan Setiausaha Agung Zayed Award for Human Fraternity merangkap Setiausaha Agung Majlis Hukama Muslimin, Tuan Yang Terutama Mohamed Abdelsalam.
Mengenai pemilihan ini, Setiausaha Agung Zayed Award for Human Fraternity, Tuan Yang Terutama Mohamed Abdelsalam berkata: “Pemenang tahun ini adalah pemimpin yang benar-benar cemerlang yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk menolak perpecahan, membina masyarakat yang berdaya tahan, dan memupuk belas kasihan dan harapan. Komuniti Sant’Egidio dan Mama Shamsa telah mengubah kehidupan merekayang terpinggir dalam masyarakat di seluruh dunia, termasuk golongan muda, pelarian dan mereka yang tinggal di zon konflik.”
Beliau menambah: “Dengan menganugerahkan Zayed Award for Human Fraternity kepada Komuniti Sant’Egidio dan Mama Shamsa, kami berharap ia dapat mengukuhkan usaha mereka dan memberi inspirasi kepada institusi dan individu lain di seluruh dunia untuk memainkan peranan aktif dalam mempromosikan nilai-nilai persaudaraan manusia.”
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Perwakilan Tertinggi The Alliance of Civilizations, Tuan Yang Terutama Miguel Ángel Moratinos, berkata: “Paus Francis dan Al-Imam Al-Akbar Syeikh Al-Azhar Profesor Dr. Ahmed Al-Tayeb telah menggariskan prinsip utama dan mulia bagi kemanusiaan dalam Dokumen Persaudaraan Manusia. Pemenang tahun ini menunjukkan bagaimana individu dan entiti biasa boleh menggunakan prinsip ini – iaitu, dengan dedikasi untuk berkhidmat kepada orang lain sebagai pengiktirafan bahawa kita semua adalah ahli keluarga yang satu.”
“Dua penerima anugerah tahun ini menunjukkan bagaimana orang yang komited untuk bekerjasama demi kebaikan bersama boleh membantu menyembuhkan dunia kita yang terluka. Jawatankuasa juri berharap usaha Sant’Egidio dan Mama Shamsa akan memberi inspirasi kepada kita semua untuk menjalani kehidupan berkhidmat, rendah hati dan penuh belas kasihan,” kata beliau.
Dr. Ouided Bouchamaoui, Pemenang Nobel Keamanan ke-2015 dan usahawan, berkata: “Di antara lebih 200 pencalonan individu dan entiti yang cemerlang, kami memilih Komuniti Sant’Egidio dan Mama Shamsa sebagai penerima anugerah yang dinamakan sempena Almarhum Yang Mulia Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pengasas United Emiriah Arab, yang merupakan juara bagi seluruh kemanusiaan – muda, tua, kaya, miskin, lelaki dan perempuan.”
Anugerah akan disampaikan kepada kedua-dua penerima semasa majlis penganugerahannya pada 4 Februari 2023 sempena Hari Persaudaraan Manusia Antarabangsa yang diiktiraf PBB – di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
Anugerah Zayed untuk Persaudaraan Kemanusiaan, dengan hadiah $1 juta, adalah anugerah antarabangsa bebas tahunan yang mengiktiraf individu dan entiti dari semua latar belakang di seluruh dunia, yang bekerja tanpa mementingkan diri dan tanpa jemu merentasi perbezaan untuk memajukan nilai perpaduan yang berkekalan, integriti, keadilan, dan keyakinan serta mencipta kejayaan ke arah kehidupan bersama secara aman.
Anugerah itu pertama kali diadakan pada 2019 untuk menandakan pertemuan bersejarah di Abu Dhabi antara Yang Mulia Pope Francis dan Yang Mulia Imam Besar Al-Azhar Profesor Ahmed Al-Tayeb, apabila mereka menandatangani Dokumen Persaudaraan Manusia.
Anugerah itu disampaikan sebagai penghormatan kepada Almarhum Yang Mulia Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pengasas Emiriah Arab Bersatu, yang terkenal dengan usaha kemanusiaan dan dedikasinya membantu orang ramai tanpa mengira latar belakang mereka.
-TAMAT-
Mengenai Zayed Award for Human Fraternity
Zayed Award for Human Fraternity ialah anugerah antarabangsa bebas tahunan yang mengiktiraf individu dan entiti dari semua latar belakang dan tempat kediaman di seluruh dunia. Anugerah ini juga bekerja tanpa mementingkan diri dan tanpa jemu merentasi sempadan untuk memajukan nilai kekal solidariti, integriti, keadilan dan keyakinan serta mencipta kejayaan untuk mewujudkan keamanan dalam kewujudan bersama.
Anugerah itu pertama kali disampaikan pada 2019 untuk menandakan pertemuan bersejarah di Abu Dhabi antara Yang Mulia Pope Francis dan Yang Mulia Imam Besar Al-Azhar Profesor Ahmed Al-Tayeb, apabila mereka menandatangani Dokumen Persaudaraan Manusia. Anugerah itu disampaikan sebagai penghormatan kepada Almarhum Yang Mulia Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pengasas Emiriah Arab Bersatu, yang terkenal dengan jasa kemanusiaannya dan dedikasinya membantu orang ramai tanpa mengira latar belakang atau tempat tinggal mereka di dunia.
Anugerah ini diadakan setiap tahun oleh Jawatankuasa Tinggi Persaudaraan Manusia, dengan nilai anugerah sebanyak satu juta dolar AS. Setiap tahun, jawatankuasa penganjur melantik panel hakim bebas daripada tokoh terkemuka dari seluruh dunia yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang kehidupan bersama secara aman (peaceful co-existence)