Majlis Hukama’ Muslimin ialah badan bebas antarabangsa yang ditubuhkan pada 21 Ramadan 1435 Hijriah (18 Julai 2014) untuk mempromosikan keamanan dalam kalangan umat Islam. Ia menyatukan ulama, pakar dan pemimpin Islam yang terkenal dengan kebijaksanaan, keadilan, dan kesederhanaan. Mereka bekerjasama untuk mempromosikan keamanan, menolak ektremisme, serta perpecahan dalam kalangan umat Islam.
Berpusat di ibu kota Emiriah Arab Bersatu, Abu Dhabi, Majlis Hukama’ Muslimin adalah organisasi Islam pertama yang bertujuan untuk membawa negara Islam bersama-sama dalam menghapuskan sebarang bentuk halangan bagi usaha kemanusiaan, memupuk prinsip toleransi dalam Islam, dan menamatkan keganasan yang telah melanda dunia Islam selama beberapa dekad.
Pengerusi
Al-Imam Al-Akbar Syeikhul Azhar Dr. Ahmed Al Tayeb
Dr Ahmed al-Tayyib dilahirkan di perkampungan al-Qurna, Luxor pada 6 Januari 1946. Beliau dibesarkan di kampungnya dan mendapat pendidikan di Universiti al-Azhar. Beliau menghafal al-Quran, dan mengikuti pengajian ilmu-ilmu Islam dengan manhaj al-Azhar yang benar. Kemudian, beliau menyertai fakulti Akidah di Kaherah sehingga lulus dengan cemerlang pada tahun 1969.
Sumbangan Dr. Ahmed al-Tayyib dalam dunia Islam diakui di peringkat antarbangsa. Beliau juga dianugerahkan banyak pingat kerana sumbangan keilmuannya di dunia Arab dan dunia Islam amnya, termasuk Tokoh Maal Hijrah 2020 yang dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Ahli Majlis

His Eminence Syeikh Syarif Ibrahim Salleh al-Hussaini

His Eminence Prof. Dr. Abdullah Nassif

His Eminence Sheikh Mohammed al-Noor Mohammed al-Hilw

Ketua Setiausaha
Mohamed Abdelsalam
Mohamed Abdelsalam berkhidmat sebagai bekas penasihat kepada Al- -Imam Al-Akbar Syeikhul Azhar Dr. Ahmed Al Tayeb selama lebih 8 tahun dan berperanan dalam merangka Dokumen Persaudaraan Insani (Document of Human Fraternity) yang ditandatangani oleh Syeikhul Azhar Dr. Ahmed Al Tayeb dan Paus Francis di Abu Dhabi pada Februari 2019. Pada tahun yang sama, Paus Francis menganugerahkan beliau Order of Pope Pius IX Knight Commander atas jasanya dalam menyebarkan toleransi dan dialog antara agama. Beliau adalah orang Mesir, Arab, dan Muslim pertama yang dianugerahkan anugerah ini. Mohamed Abdelsalam mewakili Al-Azhar, institusi pengajian Islam dan Arab terulung di dunia, dalam Dewan Perlembagaan yang turut merangka perlembagaan baharu untuk Republik Arab Mesir dan terlibat dalam merangka dokumen Al-Azhar dari 2011- 2018. Mahkamah Perlembagaan Tertinggi Mesir menganugerahkan beliau Pingat Mahkamah Perlembagaan sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam badan kehakiman Mesir semasa beliau di Al-Azhar dan Dewan Perlembagaan. Kementerian Dalam Negeri Emiriah Arab Bersatu menganugerahkan Mohamed Abdesalam dengan Pingat Khidmat Masyarakat atas komitmen dan impak positif beliau ke arah memperkukuh keselamatan dalam masyarakat. Lulusan bidang Undang-Undang Universiti Al-Azhar ini juga adalah ahli Pusat Dialog Antara Agama Al-Azhar.