Category Archives: Berita

ChatGPT Perlu Dibekalkan Maklumat Islam Yang Sahih – Zulkifli

SEREMBAN: Sebuah kumpulan yang terdiri daripada individu berkelayakan dan mempunyai kepakaran perlu diwujudkan bagi membuat semakan pengeluaran maklumat menerusi penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), ChatGPT yang berkaitan hukum dan fatwa di negara ini. Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, walaupun ChatGPT itu ibarat sebuah mesin atau […]

Muslim Yang Bersaudara Saling Menasihati

Dalam tazkirah khas di Perak yang disampaikan sempena Hari Persaudaraan Manusia Antarabangsa, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan salahfaham berkenaan tafsiran Surah al-Baqarah ayat 256. Menurutnya, “Jika diteliti dalam kitab-kitab tafsir yang muktabar seperti Tafsir al-Qur’an al-‘Azim misalnya, ayat berkenaan tiada paksaan dalam agama [Surah al-Baqarah ayat 256] jelas berkaitan dengan kemasukan manusia kepada […]

Mohamed Abdelsalam: “Kunci Kedamaian Adalah Keadilan”

Kementerian Kehakiman Emiriah Arab Bersatu telah bekerjasama dengan Majlis Hukama Muslim (MHM) dalam mengadakan simposium bertajuk: “Peranan Institusi Keadilan dalam Mempromosikan Keamanan dan Persaudaraan Manusia” pada hari Selasa (21/2/2023). Setiausaha Agung MHM, Mohamed Abdelsalam hadir sebagai pembentang. Abdelsalam menekankan bahawa terdapat hubungan yang erat dan kukuh antara keadilan dan keamanan. Kedamaian sejati bukan hanya tentang […]

MHM dan Senat Kanada Bincang Kerjasama

Setiausaha Agung Muslim Hukama Council (MHM), Mohamed Abdelsalam menerima kunjungan Pengerusi Senat Kanada George Furey dan beberapa senator Kanada, Isnin (20/2/2023) di Ibu Pejabat MHM, Abu Dhabi. Pada mesyuarat tersebut Setiausaha Agung MHM menjelaskan misi utama MHM yang dipengerusikan oleh Sheikh Al-Azhar Prof. Dr. Ahmad Al-Tayeb. “MHM mempunyai misi untuk mengukuhkan kehidupan aman dalam kalangan […]

Zayed Award for Human Fraternity Umum Penerima Anugerah 2023: Komuniti Sant’Egidio dan Pendamai Kenya, Mama Shamsa

Zayed Award for Human Fraternity (Anugerah Zayed untuk Persaudaraan Manusia 2023) akan dianugerahkan kepada penerima dalam satu majlis yang berlangsung pada 4 Februari bertepatan dengan Hari Persaudaraan Manusia Antarabangsa. Komuniti Sant’Egidio dan pendamai Kenya ‘Mama Shamsa’ menyediakan model peranan yang memberi inspirasi dalam mempromosikan persaudaraan manusia dan keamanan dalam kehidupan bersama Abu Dhabi, Emiriah Arab […]

Perdana Menteri Iraq Terima Kunjungan Majlis Hukama Muslimin

Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia’ Al-Sudani, telah menerima kunjungan delegasi Majlis Hukama Muslimin (MHM) pada Isnin, 16 Januari 2023. Delegasi ini diketuai oleh Setiausaha Agung MHM, Mohamed Abdelsalam. Dalam pertemuan yang berlangsung di Baghdad, kedua-dua pihak membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani ekstremisme dan menggalakkan keamanan dan hidup bersama. Perdana Menteri Iraq mengalu-alukan kedatangan […]

Majlis Hukama Muslimin Puji Usaha Menyatukan Masyarakat Sunni di Iraq

Delegasi daripada Majlis Hukama Muslimin (MHM) telah mengadakan dengan Pengerusi Pejabat Waqf Sunni di Iraq, Dr. Mishaan al-Khazraji, bersama dengan beberapa ulama Sunni terkemuka di ibukota Baghdad. Semasa mesyuarat, Dr. Al Khazraji mengalu-alukan delegasi MHM bersama -sama dengan Setiausaha Agung MHM, Mohamed Abdelsalam. Beliau menekankan pentingnya lawatan itu untuk masyarakat Iraq kerana ia membantu meletakkan […]

Majlis Hukama Muslimin Temui Pemimpin Agama di Iraq

Delegasi Majlis Hukama Muslimin (MHM) telah membuat lawatan kerja rasmi ke Republik Iraq pada 14 hingga 18 Januari 2023. Lawatan ini dilakukan sebagai susulan daripada seruan Pengerusi MHM merangkap Syeikhul Azhar, Prof. Dr. Ahmad Al-Tayeb untuk memperkasakan dialog antara mazhab. Sepanjang lawatan rasmi berkenaa, , delegasi MHM dijadualkan mengadakan beberapa pertemuan dengan tokoh-tokoh agama daripada […]

Majlis Hukama Muslim Mengutuk Pembakaran Al-Quran oleh Pelampau Sweden

Di bawah pimpinan Syeikh Al-Azhar, Fadhilatul Imam Al-Akbar Prof, Dr. Ahmed Al-Tayeb, Majlis Hukama Muslim menyatakan mengutuk keras tindakan pembakaran Al-Quran oleh seorang pelampau di Sweden. MHM menganggap perbuatan keji yang mencetuskan provokasi ini menganggu sensitiviti hampir 2 bilion umat Islam di seluruh dunia. Sejarah tidak akan melupakan tindakan ekstremisme yang keji dan penuh kebencian […]

MHM Intai Peluang Kerjasama dengan Rondine Cittadella della Pace

Setiausaha Agung Majlis Hukama Muslimin (MHM) TYT Mohamed Abdelsalam telah melakukan kunjungan ke Rondine Cittadella della Pace (RCP) di Itali, Selasa pada 10 Januari 2023. Lawatan awal tahun ini adalah bagi membincangkan peluang dan meningkatkan kerjasama antara kedua-dua pihak. Semasa lawatan itu, Abdelsalam bertemu dengan Pengerusi RCP Franco Vaccari. Kedua-duanya membincangkan kepentingan memperkukuh peranan golongan […]