Category Archives: Berita

Perlu Pendekatan Khusus Di Setiap Peringkat Tangani Ekstremisme – Zulkifli

Pada 10-11 Julai 2023, telah berlangsung Persidangan Alumni Universiti Arab Saudi yang bertempat di Jakarta. Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah dijemput sebagai salah seorang pembicara dalam program berprestij berkenaan. Kertas kerja yang beliau bentangkan, membincangkan beberapa cadangan dalam usaha dalam memerangi keganasan dan jenayah ekstremisme. Menurut beliau, “Kita mesti sedar bahawa […]

MHM Malaysia – Indonesia Berhasrat Menggiatkan Kerjasama Untuk 2023

Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri selaku anggota Majlis Hukama’ Muslimin (MHM) yang juga Penasihat MHM – Malaysia telah mengadakan pertemuan dengan Dr. Muchlis M. Hanafi, Direktur Eksekutif MHM – Indonesia untuk meneroka ruang kerjasama bagi menggalakkan pemahaman dan penerimaan yang lebih baik antara masyarakat tentang isu-isu toleransi dan persefahaman antara agama di […]

Tindakan Afghanistan Melarang Pendidikan Bagi Wanita Bercanggah Syariat

Majlis Hukama’ Muslimin (MHM) mengutuk tindakan pihak berwajib Afghanistan yang melarang wanita mendapatkan pendidikan universiti di Afghanistan. Majlis secara mutlak menentang langkah sedemikian, yang merampas hak asasi wanita untuk pendidikan, di mana ia telah dilindungi oleh syariat Islam. Fadhilatul Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb selaku Syeikh Al-Azhar dan Pengerusi MHM mengkritik keras keputusan Afghanistan […]

Syeikh Al-Azhar Zahir Ucapan Takziah Kepada Selangor dan Malaysia

Fadhilatul Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb selaku Syeikh Al-Azhar dan Pengerusi Majlis Hukama’ Muslimin menyampaikan ucapan takziah atas tragedi tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali, Selangor baru-baru ini. Ia disampaikan melalui Facebook Majlis Hukama’ Muslimin 7 jam yang lalu. Dalam kenyataan penuh di Facebook rasmi organisasi antarabangsa yang berpusat di Emiriah Arab Bersatu […]

Majlis Hukama Muslimin dan Yayasan Nazarbayev Jalin Kerjasama

TYT Mohamed Abdelsalam selaku Setiausaha Agung Majlis Hukama Muslim (MHM), menandatangani memorandum kerjasama dengan Pengerusi Yayasan Nazarbayev untuk Pembangunan Dialog dan Tamadun Antara Agama, Bolat Sarsenbayev. Penandatanganan MoU ini berlangsung di Abu Dhabi, Khamis bersamaan 10 November 2022. Kedua-dua pihak komited untuk memperkukuh kerjasama bersama dalam bidang dialog antara agama dan antara budaya, khususnya di […]

Syeikh Al-Azhar Seru Pemimpin Pelbagai Agama Cakna Krisis Perubahan Iklim

Fadhilat Al-Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb berkata bahawa Islam menyuruh memelihara alam sekitar, memulihara kelestarian flora dan fauna, serta memberi amaran akan kerosakan yang sedang berlaku di bumi. Sikap manusia yang mengkhianati amanah untuk memelihara alam sekitar adalah bertentangan dengan kehendak dan suruhan Allah SWT. Al-Imam Al-Akbar menjelaskan bahawa sejumlah besar dana wajar diperuntukkan […]

Pengerusi MHM dan Presiden Tatarstan Sepakat Perkukuh Kefahaman Toleransi

Pengerusi Majlis Hukama Muslim (MHM) yang juga Fadhilat Al-Imam Al-Azhar, Prof. Dr. Ahmad Al-Tayeb menerima kunjungan Presiden Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov di penginapannya di Manama, Bahrain pada Khamis (3/11/2022). Pertemuan itu berlangsung semasa lawatan rasmi kedua-dua pemimpin ke Bahrain untuk menghadiri Forum Dialog Bahrain bertajuk “Timur dan Barat untuk Kewujudan Bersama”. Pengerusi MHM yang juga […]

Emiriah Arab Bersatu Sebar Nilai Toleransi – Ahmad Al-Tayeb

Pengerusi Majlis Hukama Muslim (MHM) yang juga Syeikh Al-Azhar, Fadhilat Al-Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb menghargai usaha Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam menyebarkan nilai toleransi dan persaudaraan. Pesan ini disampaikan oleh Fadhilat Al-Imam Al-Akbar, ketika menerima kunjungan Tuan Yang Terutama Syeikh Nahyan bin Mubarak Al Nahyan, Menteri Toleransi dan Kehidupan Bersama, Emiriah Arab […]

Syeikh Al-Azhar, Menteri Pendidikan Bahrain dan Para Akademia Bahrain Sepakat Perlu Reformasi Pendidikan

Pengerusi Majlis Hukama Muslim (MHM) yang juga Syeikh Al-Azhar, Fadhilat Al-Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmad Al-Tayeb menerima kunjungan Canselor, Dekan dan tenaga pengajar universiti seluruh Bahrain di penginapannya di Istana Sakhir, Manama, Bahrain pada Sabtu, 5 November lalu. Perbincangan Sheikh Al-Azhar dengan para ahli akademik yang diketuai oleh Menteri Pendidikan dan Pengajaran Bahrain, Majid bin […]

Dialog Islam-Kristian Beri Harapan Hadapi Cabaran Global

Pengerusi Majlis Hukama Muslim (MHM) Fadhilat Al-Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmad Al-Tayeb yang juga Syeikh Al-Azhar mengalu-alukan kedatangan Paus Francis dan pemimpin Gereja Katolik di dunia Arab ke Forum Dialog Bahrain. Prof. Dr. Ahmad Al-Tayeb menzahirkan kegembiraannya kerana dapat mengambil bahagian dalam pertemuan Gereja Katolik dengan Majlis Hukama Muslimin dalam dalam beberapa siri pertemuan sebelum […]