Setiausaha Agung Majlis Hukama Muslim (MHM), Tuan Yang Terutama Mohamed Abdelsalam, menyeru pelajar dan belia untuk belajar daripada persahabatan dan persaudaraan Fadhilatul Imam Al-Akbar Syeikhul Azhar Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb dengan Ketua Gereja Katolik, Pope Francis. Menurut Abdulsalam, kedua-dua pemimpin dunia ini adalah contoh bagaimana individu daripada latar belakang dan agama yang berbeza dapat menjalin […]
Category Archives: Berita
Setiausaha Agung Majlis Hukama Muslim, Tuan Yang Terutama Mohamed Abdulsalam, Tuan Yang Terutama Shamma Al Mazrouei, Menteri Belia Emiriah Arab Bersatu, Al-Azhar Al-Sharif dan Vatican telah mengambil bahagian dalam Forum Mempromosikan Perpaduan Antara Agama di Universiti Georgetown, dengan penyertaan 75 orang peserta dalam kalangan belia pelabgaia agama dari Timur dan Barat. Forum yang diadakan itu […]
Mufti Besar Kazakhstan, Sahib al-Samahah Syeikh Nauryzbay Kazhy Taganuly telah menghadiahkan Fadhilatul Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb, Syeikhul Azhar dan Pengerusi Majlis Hukama Muslim dengan pakaian tradisional “Shapan” di Masjid Hazrat-Sultan di ibu kota Nur-Sultan, Kazakhstan. Dengan kehadiran lebih 30 ribu jemaah, pakaian itu disampaikan sebagai menghargai lawatan Al-Imam Al-Akbar ke negara Asia Tengah […]
Fadhilatul Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb, Syeikhul Azhar merangkap Pengerusi Majlis Hukama Muslimin telah menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian Kongres Pemimpin Agama Samawi dan Budaya ke-7 di ibu negara Kazakhstan, Nur-Sultan. Persidangan pada tahun ini membawa tema “Peranan Pemimpin Agama Samawi dan Budaya dalam Pembangunan Rohani dan Sosial Masyarakat Pasca Pandemik”. Ia turut dihadiri […]
Setiausaha Agung Majlis Hukama Muslim (MHM) Tuan Yang Terutama Mohamed Abdelsalam telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Delegasi Gereja Ortodoks Rusia,Uskup Anthony Sevryuk. Pertemuan itu berlangsung di bersempena kehadiran mereka di Kongres ke-7 Pemimpin Agama Samawi dan Budaya yang berlangsung di ibu negara Kazakhstan, Nur-Sultan pada 14-15 September 2022. TYT Mohamed Abdel Salam melahirkan rasa kagum […]
Setiausaha Agung Majlis Hukama Muslim (MHM), Tuan Yang Terutama Mohamed Abdelsalam telah berhubung dengan Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Panduan Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dr. Abdellatif bin Abdelaziz Al-Shaikh semasa kedua-duanya berada di Kazakhstan. Pertemuan itu berlangsung semasa Kongres Ke-7 Pemimpin Agama Samawi dan Budaya di Nursultan, yang berlangsung selama dua hari, 14-15 […]
Majlis Hukama’ Muslimin (MHM) cawangan Malaysia dan Indonesia senada dalam usaha memperkukuh kerjasama antara dua buah negara bagi menyahut saranan Syeikhul Azhar merangkap Pengerusi MHM, Al-Imam Al-Akbar Dr. Ahmed Al-Tayeb; Ketua Setiausaha MHM, TYT Mohamed Abdesalam; KH Prof. Dr. Muhammad Quraish Shihab dan Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri selaku anggota MHM […]
Pertemuan Pengarah Majlis Hukama’ Muslimin cawangan Malaysia bersama Rev. Dr. Liberato C. Bautista, Presiden Conference of Non-Governmental Organizations in Consultative Relationship with the United Nations (CoNGO) bagi membincangkan usahama NGO bagi menangani isu-isu hak asasi manusia. Beliau menyuarakan minat untuk bekerjasama dengan MHM secara lebih rapat dalam usaha mempromosikan toleransi antara agama dan kewujudan bersama. […]
Pengarah Majlis Hukama’ Muslimin cawangan Malaysia, Mohamad Razif bin Mohamad Fuad telah menyerahkan sesalinan Dokumen Persaudaraan Insani 2019 yang ditandatangani oleh Syeikh Al-Azhar dan Paus Francis kepada Presiden San Diego Regional Interfaith Collaborative (SDRIC), Daniel Orth. Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah SDRIC, Imam Yusef Miller. Mereka telah berbincang tentang usaha SDRIC dalam memupuk toleransi antara […]
Pengarah Majlis Hukama’ Muslimin cawangan Malaysia, Mohamad Razif bin Mohamad Fuad telah melakukan kunjungan hormat ke rumah ibadah Kristian aliran Quaker di Washington DC, Amerika Syarikat dalam rangka memperkenalkan peranan MHM di Amerika Syarikat Quakers atau Religious Society of Friends adalah kelompok Kristian Protestan yang muncul pada abad ke-17 dan terus wujud sehingga ke hari […]